Tuesday, June 06, 2006

Made in Malaysia: PROTON WAJA Z


Youtube Waja 4wd EVO 6 engine

Youtube Waja Drift

SHAH ALAM 6 Jun - Proton Holdings Bhd. akan memperkenalkan kereta yang ditala berasaskan model Waja dengan suntikan teknologi Kleemann Motorsports Sdn. Bhd., menjelang akhir tahun ini.

Menurut sumber, model itu telah dipertontonkan kepada Pengarah Urusan Proton, Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Maruan Mohd. Said di Pusat Kecemerlangan Proton di sini pada 18 Mei lalu.

Utusan Malaysia difahamkan, Syed Zainal Abidin tertarik dengan penggayaan model ditala bergaya sports itu yang dianggap penting bagi menawan pelanggan yang mahukan prestasi untuk kereta mereka.

Malah, warga Proton termasuk para pengedar yang kebetulan berada di situ juga dikatakan memberi reaksi positif kepada penggayaan model ditala itu yang diyakini boleh mengembalikan minat orang ramai kepada Waja.

Kleemann merupakan syarikat pembuat kenderaan Mercedes-Benz yang ditala.

Ketua Komunikasi Korporat Proton, Yusri Yusuf dan Pengurus Projek Kleemann tersebut, Mohd. Azad Jasmi enggan mengulas ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia berpeluang melihat dari dekat model itu di sebuah lokasi di ibu negara.

Daripada segi luaran, model itu yang menggunakan chasis Waja kelihatan berbeza pada jeriji yang diubah suai menjadi bersegi empat dengan logo Z.

Reka bentuk yang diistilahkan sebagai hidung pada Waja telah dilupuskan dan ia menyerupai kereta-kereta prestasi Eropah terkini seperti Volkswagen Golf dan Audi.

Bonet model ini menggunakan bahan ringan iaitu gentian fiber.

Ciri tambahan ialah lampu isyarat pada cermin sisi, yang mungkin turut sesuai diguna pakai untuk model standard Proton Waja.

Namun, ciri paling utama pada kereta ini ialah enjinnya yang ditala untuk peningkatan dari segi kuasa yang boleh mencecah sehingga 150 kuasa kuda, melebihi Proton Perdana. Kata sumber, sistem brek dan suspensi juga dinaik taraf.

Sumber memberitahu, kereta itu dijangka ditawarkan antara RM75,000 dan RM80,000 sebuah dan dipasarkan suku keempat tahun ini.

Comments:
Just found this news from Utusan malaysia, its looks special but not awesome to me.
The purple paint looks ulgy and the bumper...... don't know what should I say.
Anyway, I think Proton should focus they works on family cars like MPV and SUV raither than wasting the money to produce such kind of fancy models.

Youtube Waja Frontal Impact test results

No comments: